Wednesday, January 25, 2012

Gigs


Solidariti Aceh Punx ! gigs at LAHAD DATU , SABAH , MALAYSIA .
by MATA HATI AKAL FIKIRAN and BERANI MUNTAH .
FEAUTURING : Gerodok , The Last Call Hero , Lintah Darat , Paligrosos , Sincewar , Discrimination Free , 28 Days Later , Born Again , MakanxDalam , xHartalx , Excreted By Wounds , Clayrayant , Demo Untuk Rakyat and Made In Kilang . 
Tiket by door : RM 5 .

p/s : THIS IS THE FIRST AND LAST GIG THAT I MADE . THANKS FOR ALL THAT SUPPORT ME AND ALL MY FRIENDS . I LOVE YOU ALL . NOT FORGET TO MY WIFE NURASMIDAR A.K.A NOEY FOR SUPPORTING ME NO MATTER WHAT HAPPEN . AND LAST, I LIKE TO THANK TO MY CREATOR THAT ALWAYS BE IN MY MIND AND HEART . SYUKUR ALHAMDULILLAH . THANK YOU . 

Tuesday, January 24, 2012

Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri

RINTIHAN



Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.
Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian…
Dalam hadith qudsi Allah berfirman:
“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”
(HR. Thabrani dari Abu Umamah)
Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda:
“Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.”
p/s-Hidup penuh dengan ujian.Perlu sabar nak dapat kenikmatannya….

PENJARA BAGI MINDA MANUSIA

Perang minda sudah lama bermula. yakni sejak zaman penghabisan perang salib lagi malahan mungkin lebih awal dari itu. Kita mungkin tidak
menyedarinya,apatah lagi apabila kita lahir,kita sudah dijinakkan dengan perang minda yang sangat licik permainannya hingga membuat manusia terus lupa.

Apakah perang minda ini? perang minda adalah salah satu propaganda musuh islam untuk menjajah minda orang islam... tapi adakah kini kita sudah dijajah?

jawapnnya ada pada diri anda
sendiri.cubalah kita melihat situasi ini
yang berlaku di seluruh dunia:
* Cuti hari Jumaat ditukarkan kepada hari Ahad
* Turki, laungan azan wajib dalam bahasa Turki
* Gladstone, “Selagimana al-Quran dihayati oleh orang Islam, maka Eropah
tidak akan berjaya selama-lamanya.”
* Pemerintah Perancis di Algeria, “Kita
mesti hapuskan al-Quran baru kita berjaya.”
* Zeumer (bapa segala paderi sedunia
tahun 1935), “Tugas Kristianisasi bukanlah
memasukkan Islam ke dalam Kristian tetapi cukup sekadar menjauhkan
mereka dari Tuhan mereka.”
* Lowrence Brown (paderi), “Kita mesti
pastikan umat Islam berpecah-belah supaya mereka sentiasa lemah.”
* Menyuburkan slogan hak kebebasan
wanita, persamaan taraf lelaki dan wanita dan menentang pemakaian menutup aurat
* Mendidik anak-anak perempuan dengan budaya Barat
* Menanamkan keyakinan bahawa bahasa Arab itu susah dan sukar, akhirnya umat Islam benci dan tidak faham akan al-Quran
* Menyebarkan propaganda bahawa Islam itu penceroboh dan pengganas
* Menonjolkan wanita Barat moden dan
wanita Islam mundur
* Menonjolkan kebaikan Kristian melalui
bantuan kemanusiaan di Negara-negara Islam
* Dr. Abdul Wadud esy-Syalabi (Universiti
al-Azhar), “Pendakwah Kristian di seluruh dunia Islam seramai hampir 500 ribu orang.”

Berikut merupakan antara peranan yang wajib dimainkan oleh remaja Islam masa kini dalam menempuhi mega cabaran yang melanda gelanggang dunia
keIslaman kini:

* Penguasaan ilmu (fardhu `ain dan fardhu kifayah)
* Bina kekuatan fikir dengan membaca
* Kuasai bahasa al-Quran dan
mentadabburnya (meneliti dan
menghayati)
* Bina keharmonian dan kemurnian akhlak (tuturkata, adab pergaulan, pemakanan, pemakaian dan sebagainya)
* Sibukkan diri dnegan gerakan-gerakan ,
persatuan-persatuan Islam
* Kembali cintakan ibadah
* Dampingi golongan alim
* Sentiasa mendirikan solat jama`ah
* Jernihkan aqidah dari perkara khurafat

P/s :sekecil mana pn yg
kita mampu lakukan,sekiranya berjihad fisabilillah, insyaAllah..Allah bersama kita.Amin.. (",)

'ilmu bila 'amal kashajjari bila
samari..ilmu tanpa amal,ibarat pohon tanpa buah.. renung-renungkan.

Saturday, January 21, 2012

Dikisahkan Dalam suatu majlis ilmu, 10 orang lelaki hendak menguji kehebatan Saidina Ali.

Pemuda 1 bertanya kepada Saidina Ali,
"Wahai Ali, benarkah Rasulullah berkata baginda ialah kota ilmu dan engkau adalah pintunya?"
Saidina Ali menjawab "Ya, benar katamu itu".

Pemuda 2 bertanya "Wahai Ali di manakah yang lebih baik, ilmu atau pun harta?".
"Ilmu kerana ilmu warisan para nabi & rasul manakala harta warisan Qarun, Firaun dan Syaddad", jawab Saidina Ali.

Pemuda 3 bertanya kepada Saidina Ali soalan yang sama mengenai ilmu dan harta.
Saidina Ali menjawab "Ilmu kerana ilmu menjaga kamu tetapi harta kamu yang menjaganya".

Pemuda 4 bertanya lagi soalan yang sama kepada Saidina Ali.
Jawapannya, "Ilmu kerana orang yang banyak hartanya ramailah musuhnya. Lain pula dengan ilmu, semakin tinggi ilmu seseorang itu, semakin ramai kawannya".

Pemuda 5 bertanya kepada Ali soalan yang serupa juga.
Saidina Ali masih lagi boleh memberikan jawapannya iaitu "Ilmu kerana harta semakin digunakan semakin berkurang tetapi ilmu apabila diamalkan semakin bertambah".

Soalan yang sama masih lagi ditujukan kepada Saidina Ali oleh pemuda 6.
Jawabnya Ali, "Orang yang berharta kebiasaannya kedekut. Jauh berbeza dengan orang yang berilmu yang sangat pemurah dan dihormati".

Pemuda 7 juga bertanyakan soalan yang sama kepada Saidina Ali.
Saidina Ali masih lagi boleh memberikan jawapan yang berbeza meskipun soalan yang serupa. "Ilmu kerana pemilik harta dihisab pada hari akhirat tetapi ilmu memberi syafaat kepada pemiliknya".

Soalan yang sama ditanyakan kepada Saidina Ali oleh pemuda 8.
Jawapan Saidina Ali tetapi lagi sama, "Ilmu kerana pemilik harta keras dan gelap hatinya berbeza dengan pemilik ilmu yang terang dan lembut hatinya".

Pemuda 9 masih lagi tidak berpuas hati dengan kehebatan Saidina Ali mengajukan soalan yang sama.
Saidina Ali dengan tenangnya menjawab "Ilmu kerana harta semakin lama disimpan semakin usang tetapi ilmu tidak pernah usang".

Pemuda 10, orang yang terakhir masih lagi mengajukan soalan yang serupa kepada Saidina Ali dengan harapan Saidina Ali sudah ketandusan idea dan pendapat.
Tetapi sangkaannya meleset. Saidina Ali sambil tersenyum menjawab, "Ilmu kerana pemilik harta mengatakan bahawa harta itu miliknya tetapi pemilik ilmu mengakui ilmu itu milik mutlak Allah Taala".

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Siapa merintis jalan mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.” (Hadis riwayat Muslim)

5 SYARAT UNTUK KITA SEMUA SEBELUM MELAKUKAN MAKSIAT

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham.
Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat.
Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata,
"Jika kamu mahu menerima lima syarat & mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya & tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat & berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk & meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat & melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala & segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda & mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.

Allah Taala berfirman :
"Allah mengetahui segala pengkhianatan yang bermula dari mata & apa yang tersembunyi di dada setiap hamba."
(Al-Ghafir : 19)

Allah Taala berfirman :
"Sesungguhnya Allah mengetahui akan segala isi hati yang tersemat di dada hamba-Nya."

JANJI YANG PERLU DITAGIH UNTUK KURUN INI

Daripada Ibnu Umar bahawa Nabi SAW sambil memegang tangan Sayidina Ali baginda bersabda: "Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang akan memenuhi
bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu meyakini demikian itu, hendaklah kamu bersama pemuda dari Bani Tamim
itu. Sesungguhnya dia datang dari
sebelah Timur dan dialah pemegang Panji-Panji Al Mahdi." (Riwayat At Thabrani)

Rasulullah SAW telah bersabda: “Aku tinggalkan padamu dua perkara. Tidak akan sesat selamanya selagi kamu
menuruti keduanya. laitu Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya.” (Riwayat Imam Malik dan Anas)

Dalam kedua-dua pusaka warisan itulah kita bertemu dengan Jadual-Jadual ALLAH yang telah di’set’ untuk umat yang datang
sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Kerana kasih sayang ALLAH dan Rasul-Nya pada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi Nabi dan Rasul, maka diceritakanlah apa-apa yang akan
terjadi sama ada yang positif atau
negatif. Supaya dengan jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima taqdir yang bakal berlaku.

Rasulullah SAW bersabda: “Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah Zaman Kenabian itu sebagaimana yang ALLAH kehendaki. Kemudian ALLAH mengangkat zaman itu.
Kemudian berlakulah Zaman
Kekhalifahan (Khulata’ ur Rasyidin) yang berjalan seperti Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu, sebagaimana yang ALLAH kehendaki. Kemudian ALLAH
mengangkatnya lalu berlakulah Zaman Pemerintahan yang menggigit (Zaman Fitnah). Berlakulah zaman itu
sepertimana yang ALLAH kehendaki. Kemudian ALLAH mengangkatnya pula.
Kemudian berlakulah zaman penindasan dan penzaliman (pemerintahan diktator)
dan berlakulah zaman itu sepertimana yang ALLAH kehendaki. Kemudian berlaku
pula Zaman Kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.” Kemudian
baginda diam.(Riwayat Ahmad)

Sekarang ini sesudah 1400 tahun
kewafatan Nabi perkara itu sama adabpositif ataupun negatif sudah terjadi. Ertinya, kita cukup yakin bahawa selepas ini, mana-mana jadual yang belum berlaku itu, pasti akan terjadi dan berlaku bila tiba masanya. Di sini disenaraikan jadual-jadual yang positif saja yang telah terjadi di sepanjang sejarah. Dengan harapan agar kita semua sangat yakin tentang kebenaran ALLAH dan Rasul-Nya.

1. Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik kurun adalah kurunku, kemudian kurun berikutnya dan kemudian kurun sesudahnya.” (Riwayat Al Bukhari)

Baginda menyebut tiga kurun sebagai kurun di mana manusia yang menganut Islam secara majoriti masih baik-baik .
Yakni masih soleh dan solehah. Inilah generasi salafussoleh. Memang kita lihat hal ini benar berlaku, yang mana sesudah
300 tahun dari Rasulullah, manusia sudah mula renggang dari iman dan syariat Islam. Kalau ada pun tidak lagi secara majoriti. Bahkan makin jauh dari Zaman Kenabian. Umat Islam makin meninggalkan Islam hinggalah akhirnya terjadi Zaman Fitnah yang membawa kepada berulangnya zaman jahiliah buat kali keduanya.

2. Rasulullah SAW bersabda: Timur dan Barat akan terbuka untuk kamu. (Riwayat Ahmad)

Hal ini pun sudah berlaku di
tangan Sahabat-Sahabat dan
salafussoleh itu. Hasil perjuangan mereka akhirnya 3/4 dunia ini tunduk kepada pemerintahan Islam atau menganut ajaran Islam. Bangsa Arab itu pernah jadi
empayar melalui Islam dengan dunia merujuk padanya. Di mana saja di dunia ini ada saja penganut-penganut Islam.

3. Rasulullah SAW bersabda lagi yang maksudnya: “llmu Islam dan kefasihan bahasa Arab akan diwarisi oleh orang Mesir.”

Jadual itu pun sudah benar terjadi, yakni sejak 1000 tahun dulu dengan
terbangunnya Universiti Al Azhar. Sejak itu Mesir menjadi pusat ilmu Islam dan orang-orang Mesir cukup fasih dengan bahasa Al Quran dan Hadis dibandingkan dengan bangsa-bangsa Arab yang lain.

4. ALLAH SWT berfirman: Rom dikalahkan oleh Farsi di tanah jajahannya dan mereka (Rom) selepas itu akan mengalahkan Farsi di beberapa tahun kemudian. Sama ada sebelum dan selepas, semuanya dalam urusan
(jadual) ALLAH. Ketika (Rom
mengalahkan Farsi) orang Mukmin
bergembira dengan pertolongan ALLAH itu. (Rum: 2-4)

Waktu wahyu ini turun, Rom dan Farsi adalah dua empayar yang menguasai dunia. Waktu itu masing-masing atas nama kristian dan majusi. Tetapi ALLAH
mengkhabarkan kepada orang MUKMIN tentang jadual di mana keduanya akan kalah-mengalahkan, yang akhirnya tinggal Rom berkuasa dengan pertolongan
ALLAH jua. Apabila peristiwa itu benar-benar berlaku orang Mukmin ber-gembira kerana tepat Jadual ALLAH itu. Mereka yakin dengan pertolongan Allah itu juga kedua-dua empayar besar itu akan jatuh tersungkur kepada umat Islam. Demikianlah ALLAH mempergilirkan kuasa mengendalikan dunia kepada bangsa-bangsa.

5. Rasulullah SAW bersabda:
Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik lagi beragama, (tenteranya) tidak melampau, tidak mencuri dan (rakyatnya) tidak penipu dan
tidak bergaul bebas. (Riwayat Al Imam Abu Al Hasan Ahmad bin Jaafar) Dipetik dari kitab ‘Ukduddurar Fi Akhbar Al
Muntazar.

Dalam Hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik. Para Sahabat dan salafussoleh berlumba-lumba untuk
merebut janji ALLAH tentang kejatuhan Konstantinopel itu. Dengan harapan di tangan merekalah berlaku janji itu. Tetapi
mereka gagal sehinggalah 600 tahun sesudah kewafatan Rasulullah. Hal itu baru terjadi di tangan Muhammad Al Fateh, keturunan Bani Usman. Yang
ekoran dari itulah Turki Usmaniah
akhirnya muncul menjadi empayar
kepada tiga benua dengan dua puluh sembilan buah negara di bawah takluknya. Hingga hari ini, kalau kita ke Turki, kita masih dapat saksikan kesan- kesan kegemilangan dan kegagahan Islam yang ditinggalkan itu.

6. Rasulullah SAW bersabda: ALLAH
mengutuskan pada umat ini disetiap awal 100 tahun, orang yang akan memperbaharui urusan agama-Nya (mujaddid).

Hal ini pun kelihatan telah
menepati jadual-Nya . Sudah tercatat kemas dalam sejarah nama para mujaddid yang lahir setiap awal kurun. Bermula dengan Sayidina Umar Abdul Aziz, Imam Syafi’i, Imam Abu Hassan Al Ashaari, Imam Al Ghazali, Imam Sayuti dan lain-lain lagi. Semuanya sudah 14 orang. Dan kini, dunia sedang menanti mujaddid ke-15. Dan kita bertuah sedang berada di kurun itu.

7. Rasulullah SAW juga bersabda: Akan sentiasa ada satu thoifah daripada umatku yang dapat menzahirkan kebenaran dan mereka tidak dapat dirosakkan oleh orang yang menentangnya.
Perihal janji ini, sejarah telah pun
menceritakan pada kita bahawa bermula dari awal kurun hinggalah pertengahan dan ke hujungnya, setiap generasi mempunyai thoifah-thoifah Islam dengan
ciri-ciri khususnya seperti tersebut dalam Hadis di atas mengamalkan Islam dalam hidup mereka dan bila musuhnya cuba merosakkan, ternyata thoifah itu (syariatnya) tidak rosak bahkan terus berkembang. Hal begini nampaknya hanya terjadi kepada thoifah para mujaddid serta thoifah syeikh-syeikh tareqat di zaman gemilangnya. Selain mereka, organisasi-organisasi Islam yang berbau politik atau harakah-harakah Islam ala sekular dan persatuan-persatuan ulama rasmi kerajaan nampaknya tidak mampu memiliki ciri-ciri istimewa itu. Mereka gagal membawa pengikut-pengikutnya menegakkan syariat Islam secara syumul dalam jemaahnya. Dan mereka mudah saja tertipu oleh musuh-musuh perjuangannya. Niat baik mereka tidak tercapai kerana laluan yang ditempuh tidak menuju ke matlamatnya.

Para pembaca yang dihormati sekalian, Cukuplah rasanya dengan menurunkan tujuh perkara dari janji-janji ALLAH dan Rasul yang telah pun berlaku itu bahawa Jadual ALLAH pasti akan berlaku menurut janji-janji- Nya. Ada yang sudah terjadi, ada yang sedang terjadi dan ada yang belum berlaku, tetapi ia pasti akan terjadi. Yang mana untuk kita umat Islam di kurun ini pun ada jadual-jadual khusus pula.


Kita dilahirkan di satu zaman yang
aqidah, ibadah, akhlak, ilmu, didikan, sosial, ekonomi, politik dan seluruh aspek hidup umat Islam sudah dirosakkan oleh Yahudi, nasrani, komunis, kapitalis,
nasionalis, sosialis dan lain-lain isme lagi. Juga dirosakkan oleh nafsu dan syaita serta tipuan dunia. Inilah sifat zaman jahiliah. Sebab itu kita amat perlukan seorang rasul sepertimana umat di
zaman jahiliah dulu itu mendapatkannya. Tetapi nabi dan rasul sudah tidak ada
lagi. Maka ALLAH yang amat sangat
penyayang dan lemah lembut itu
menyimpan untuk kita, sesuatu yang mirip dengan apa yang berlaku di Zaman Kenabian itu. Yakni satu jadual yang
lengkap perihal akan berlakunya
kebangkitan Islam kali kedua untuk
zaman jahiliah kedua ini.
Jadual itu sebenarnya sudah lama
ditunggu oleh dunia Islam. Yang mana setiap zaman umat Islam mengharapkan agar ianya berlaku di tangan mereka.
Tetapi ternyata bahawa jadual itu ALLAH simpan untuk kita. la tidak berlaku sebelum ini tapi ternyata sedang berlaku sekarang ini. Atau kalaupun belum pasti ia berlaku di kurun ini, apa salahnya kita
berlumba-lumba dan berdoa agar ia terjadi di zaman kita dan melalui tangan kita. Sebab kita pun rindu sekali untuk melihat bagaimana rupanya Jadual-Jadual
ALLAH yang memaparkan kegemilangan Islam yang sangat indah itu.

Kita sudah jemu sekali hidup dalam dunia sekularis ini. Kalau para Sahabat pun iri hati dan ingin menikmati jadual agung yang dijanjikan untuk umat akhir zaman
ini, mengapa tidak kita? Dan kalau
Sahabat Abu Ayub Al Ansari yang sudah tua itu pun ber- semangat muda di 1400 tahun dahulu, untuk merebut Kota Konstantinopel dari tangan kristian sebagaimana yang dijanjikan oleh Rasulullah, merebut untuk menjadi ketua yang baik kepada tentera yang baik
seperti yang disabdakan, mengapa ada lagi di kalangan umat Islam mereka yang asyik berprasangka terhadap janji-janji ALLAH untuk akhir zaman ini?

Sepatutnya kita berjuang dan berlumba-lumba untuk menjayakan Jadual-Jadual ALLAH yang sangat istimewa ini, demi mendapatkan pahala-pahala besar di
dalamnya.
Antara janji-janji dalam Jadual
ALLAH untuk zaman ini seperti berikut:
1. Rasulullah SAW bersabda: ALLAH
mengutus pada umat ini di setiap awal 100 tahun orang yang akan
memperbaharui urusan agama-Nya (mujaddid).

2. Rasulullah bersabda: Dari Abdullah bin Mas’ud dia berkata; Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW tiba-tiba datang
sekumpulan anak- anak muda dari
kalangan Bani Hasyim. Apabila
terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAW berlinang airmata dan wajah baginda berubah. Aku pun
bertanya, “Mengapakah kami melihat pada wajahmu sesuatu yang kami tidak sukai?” Baginda menjawab, “Kami ahlul bait telah ALLAH SWT pilih untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku
akan menerima bencana dan
penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur dengan membawa bersama-sama
mereka panji-panji berwarna hitam.
Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka
tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia
dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka, walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia
adalah Al Mahdi.(Riwayat Ibnu Majah)

3. Rasulullah bersabda: Daripada Al
Hassan, bahawasanya Nabi menyebut akan bala yang akan menimpa keluarganya hinggalah ALLAH mengutus Panji-Panji Hitam dari Timur, siapa yang menolongnya ALLAH akan menolongnya dan siapa menghinanya ALLAH akan
menghinanya, hinggalah mereka itu mendatangi seorang lelaki yang namanya seperti nama aku. Mereka pun melantiknya memimpin mereka, maka ALLAH pun membantu dan menolongnya.
(Riwayat Nuaim bin Hammad)

4. Rasulullah SAW bersabda: Dari
Tsauban r.a. dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan datang Panji-Panji Hitam (kekuasaan) dari sebelah Timur,
seolah-olah hati mereka (pendukung-pendukung) kepingan-kepingan besi (jiwa berani). Barang siapa mendĕngar tentang
mereka, hendaklah datang kepada
mereka dan berbai’ahlah kepada mereka sekalipun merangkak di atas salji.
(Dikeluarkan oleh Al Hafiz Abu Naim)

5. Hadis lain: Dari Ali r.a. dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Akan keluar seorang lelaki dari seberang sungai yang dikatakan (tidak diketahui nama sebenar)
Al Harith bin Harrath, yang di hadapannya seorang lelaki yang dikatakan Al Mansur (yang dibantu), dia yang memudahkan
urusan atau membela keluarga SAW sepertimana Quraisy yang telah membela Rasulullah SAW. Wajib setiap orang Mukmin menolongnya atau baginda bersabda, “wajib orang Mukmin
menerima- nya.” (Riwayat Imam Abu Daud dan Al Hafiz Abu Abdul Rahman An Nasa’i, Al Hafiz Abu Bakar Al Baihaqi dan As Syeikh Abu Muhamad Al Hussain) [Di
petik dari kitab Uqduddurar fi Akhbaril Muntazar]

Dalam kitab Al Ihtijaj bil-Asar ala man ankara Al Mahdi Al Muntazar karangan Hamud bin Abdulullah At Tuwaijiiri, ada menyebut Al Harith Harrath itu bukan Al
Mahdi tetapi ia adalah pembantunya. Al Harith adalah namanya dan Harrath
adalah gelarannya yang bererti petani yang berjaya. la bukanlah nama bagi bapanya. Keterangan ini sebagai membetulkan Hadis yang dipegang oleh As Syeikh Abdullah bin Zaid bin Mahmud, yang ia mengatakan Al Harith bin Harran.
Manakala ada ulama lain mengatakan Al Harrith itu namanya sedangkan Harrath adalah bapanya. Di antara ketiga-tiga itu,
yang pertamalah yang muktamad.
Begitu adanya, tentang masyhurnya
Hadis tersebut yang selama ini sengaja ALLAH sembunyikan dari kita. Barangkali juga untuk menipu musuh-musuh-Nya .

6. Dalam Hadis lain: Daripada Ibnu Umar bahawa Nabi SAW sambil memegang tangan Sayidina Ali baginda bersabda:
“Akan keluar dari sulbi ini seorang
pemuda yang akan memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu meyakini demikian itu, hendaklah kamu bersama pemuda dari Bani Tamim itu.
Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang Panji-Panji Al
Mahdi.” (Riwayat At Thabrani)

7. Hadis yang keluarkan oleh Al Hafiz Abu Nuaim: Daripada Tsauban r.a., dia telah berkata, telah bersabda Rasulullah SAW,
“Apabila kamu lihat Panji-Panji Hitam telah diterima di sebelah Wilayah Khurasan, maka datangilah ia sekalipunbmerangkak di atas salji. Kerana sesungguhnya padanya ada Khalifah ALLAH iaitu Al Mahdi.

8. Rasulullah SAW bersabda: Terdapat dalam riwayat lain: “Sesungguhnya ketika
zahir Al Mahdi, menyerulah malaikat dari atas kepalanya, “Inilah Al Mahdi sebagai
khalifah ALLAH maka kamu ikutilah dia”. Seluruh manusia tunduk dan patuh kepadanya dan mengecapi kasih sayangnya. Sesungguhnya Al Mahdi itu menguasai Timur dan Barat. Dan adapun yang membuat bai’ah kepadanya di antara Rukun dan Maqam, yang pertama sebanyak bilangan ahli Badar. Kemudian Abdal dari Syam mendatanginya, diikuti oleh Nujaba’ dari Mesir dan Asoib dari Timur. Setelah itu ALLAH mengutuskan kepadanya tentera dari Khurasan dengan
bendera-bendera hitam dan mereka menghala ke Syam. Dan ALLAH menghantar kepadanya dengan 3000 malaikat dan ahli (Ashabul) Kahfi adalah di antara pembantu-pembantunya .”

Hadis dari Zarr:Daripada Abdullah, Nabi SAW bersabda: “Jika umur dunia tinggal sehari sahaja nescaya ALLAH SWT memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari ke- turunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya menyerupai namaku, dan nama bapanya menyerupai nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana (sebelumnya)
bumi dipenuhi kezaliman dan
kekejaman”.
(Riwayat Abu Daud dan Termizi)

10. Janji Allah untuk bangsa Arab: Daripada Zarr yang diambil dari Abdulllah mengenai sabda Nabi SAW:
“Tidak hilang atau tidak tamat umur dunia sehinggalah bangsa Arab dikuasai oleh seorang lelaki dari ahli keluargaku, namanya menyamai namaku.” (Riwayat
Abu Daud)

11. Janji untuk kemakmuran dunia:
Daripada Abi Said bahawa Rasulullah SAW pernah berkata: Tidak tamat umur dunia sehinggalah bumi ini dikuasai oleh seorang lelaki dari keluargaku, dia memenuhi bumi ini dengan keadilan sebagaimana dipenuhi sebelumnya dengan kedurjanaan, dia memerintah selama tujuh tahun. (Riwayat Abu Naim)

Itulah dia Jadual ALLAH untuk kita umat Islam di akhir zaman ini. Kerana demikianlah kasih sayang yang ALLAH limpahkan pada kita hamba-Nya yang telah terbiar dalam dosa dan kejahilan sekian lamanya. Secara ringkas saya akan cuba mentafsirkan Hadis-Hadis itu setakat ilmu yang ALLAH rezekikan. Kita sedang berada di kurun yakni kurun ke-15. Yang di waktu inilah di kurun-kurun yang sebelum ini zahirnya seorang mujaddid. Maka pasti zahir pula
mujaddid untuk kurun ini di sekitar beberapa tahun lagi. Dan admin berpendapat bahawa mujaddid kurun ini adalah mujaddid yang istimewa. la adalah saiyidul mujaddidin, penutup mujaddid yang akan menyempurnakan
kebangkitan Islam sedunia.Kita sedang berada di awal kurun yakni awal kurun ke-15. Yang di waktu inilah di kurun-kurun yang sebelum ini lahirnya seorang mujaddid. Maka pasti lahir pula mujaddid
untuk kurun ini disekitar beberapa tahun lagi. Dan saya berpendapat bahawa mujaddid kurun ini adalah mujaddid yang istimewa. la adalah saiyidul mujaddidin, penutup mujaddid yang akan menyempurnakan kebangkitan Islam sedunia.