Saturday, January 21, 2012

JANJI YANG PERLU DITAGIH UNTUK KURUN INI

Daripada Ibnu Umar bahawa Nabi SAW sambil memegang tangan Sayidina Ali baginda bersabda: "Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang akan memenuhi
bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu meyakini demikian itu, hendaklah kamu bersama pemuda dari Bani Tamim
itu. Sesungguhnya dia datang dari
sebelah Timur dan dialah pemegang Panji-Panji Al Mahdi." (Riwayat At Thabrani)

Rasulullah SAW telah bersabda: “Aku tinggalkan padamu dua perkara. Tidak akan sesat selamanya selagi kamu
menuruti keduanya. laitu Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya.” (Riwayat Imam Malik dan Anas)

Dalam kedua-dua pusaka warisan itulah kita bertemu dengan Jadual-Jadual ALLAH yang telah di’set’ untuk umat yang datang
sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Kerana kasih sayang ALLAH dan Rasul-Nya pada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi Nabi dan Rasul, maka diceritakanlah apa-apa yang akan
terjadi sama ada yang positif atau
negatif. Supaya dengan jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima taqdir yang bakal berlaku.

Rasulullah SAW bersabda: “Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah Zaman Kenabian itu sebagaimana yang ALLAH kehendaki. Kemudian ALLAH mengangkat zaman itu.
Kemudian berlakulah Zaman
Kekhalifahan (Khulata’ ur Rasyidin) yang berjalan seperti Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu, sebagaimana yang ALLAH kehendaki. Kemudian ALLAH
mengangkatnya lalu berlakulah Zaman Pemerintahan yang menggigit (Zaman Fitnah). Berlakulah zaman itu
sepertimana yang ALLAH kehendaki. Kemudian ALLAH mengangkatnya pula.
Kemudian berlakulah zaman penindasan dan penzaliman (pemerintahan diktator)
dan berlakulah zaman itu sepertimana yang ALLAH kehendaki. Kemudian berlaku
pula Zaman Kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.” Kemudian
baginda diam.(Riwayat Ahmad)

Sekarang ini sesudah 1400 tahun
kewafatan Nabi perkara itu sama adabpositif ataupun negatif sudah terjadi. Ertinya, kita cukup yakin bahawa selepas ini, mana-mana jadual yang belum berlaku itu, pasti akan terjadi dan berlaku bila tiba masanya. Di sini disenaraikan jadual-jadual yang positif saja yang telah terjadi di sepanjang sejarah. Dengan harapan agar kita semua sangat yakin tentang kebenaran ALLAH dan Rasul-Nya.

1. Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik kurun adalah kurunku, kemudian kurun berikutnya dan kemudian kurun sesudahnya.” (Riwayat Al Bukhari)

Baginda menyebut tiga kurun sebagai kurun di mana manusia yang menganut Islam secara majoriti masih baik-baik .
Yakni masih soleh dan solehah. Inilah generasi salafussoleh. Memang kita lihat hal ini benar berlaku, yang mana sesudah
300 tahun dari Rasulullah, manusia sudah mula renggang dari iman dan syariat Islam. Kalau ada pun tidak lagi secara majoriti. Bahkan makin jauh dari Zaman Kenabian. Umat Islam makin meninggalkan Islam hinggalah akhirnya terjadi Zaman Fitnah yang membawa kepada berulangnya zaman jahiliah buat kali keduanya.

2. Rasulullah SAW bersabda: Timur dan Barat akan terbuka untuk kamu. (Riwayat Ahmad)

Hal ini pun sudah berlaku di
tangan Sahabat-Sahabat dan
salafussoleh itu. Hasil perjuangan mereka akhirnya 3/4 dunia ini tunduk kepada pemerintahan Islam atau menganut ajaran Islam. Bangsa Arab itu pernah jadi
empayar melalui Islam dengan dunia merujuk padanya. Di mana saja di dunia ini ada saja penganut-penganut Islam.

3. Rasulullah SAW bersabda lagi yang maksudnya: “llmu Islam dan kefasihan bahasa Arab akan diwarisi oleh orang Mesir.”

Jadual itu pun sudah benar terjadi, yakni sejak 1000 tahun dulu dengan
terbangunnya Universiti Al Azhar. Sejak itu Mesir menjadi pusat ilmu Islam dan orang-orang Mesir cukup fasih dengan bahasa Al Quran dan Hadis dibandingkan dengan bangsa-bangsa Arab yang lain.

4. ALLAH SWT berfirman: Rom dikalahkan oleh Farsi di tanah jajahannya dan mereka (Rom) selepas itu akan mengalahkan Farsi di beberapa tahun kemudian. Sama ada sebelum dan selepas, semuanya dalam urusan
(jadual) ALLAH. Ketika (Rom
mengalahkan Farsi) orang Mukmin
bergembira dengan pertolongan ALLAH itu. (Rum: 2-4)

Waktu wahyu ini turun, Rom dan Farsi adalah dua empayar yang menguasai dunia. Waktu itu masing-masing atas nama kristian dan majusi. Tetapi ALLAH
mengkhabarkan kepada orang MUKMIN tentang jadual di mana keduanya akan kalah-mengalahkan, yang akhirnya tinggal Rom berkuasa dengan pertolongan
ALLAH jua. Apabila peristiwa itu benar-benar berlaku orang Mukmin ber-gembira kerana tepat Jadual ALLAH itu. Mereka yakin dengan pertolongan Allah itu juga kedua-dua empayar besar itu akan jatuh tersungkur kepada umat Islam. Demikianlah ALLAH mempergilirkan kuasa mengendalikan dunia kepada bangsa-bangsa.

5. Rasulullah SAW bersabda:
Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik lagi beragama, (tenteranya) tidak melampau, tidak mencuri dan (rakyatnya) tidak penipu dan
tidak bergaul bebas. (Riwayat Al Imam Abu Al Hasan Ahmad bin Jaafar) Dipetik dari kitab ‘Ukduddurar Fi Akhbar Al
Muntazar.

Dalam Hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik. Para Sahabat dan salafussoleh berlumba-lumba untuk
merebut janji ALLAH tentang kejatuhan Konstantinopel itu. Dengan harapan di tangan merekalah berlaku janji itu. Tetapi
mereka gagal sehinggalah 600 tahun sesudah kewafatan Rasulullah. Hal itu baru terjadi di tangan Muhammad Al Fateh, keturunan Bani Usman. Yang
ekoran dari itulah Turki Usmaniah
akhirnya muncul menjadi empayar
kepada tiga benua dengan dua puluh sembilan buah negara di bawah takluknya. Hingga hari ini, kalau kita ke Turki, kita masih dapat saksikan kesan- kesan kegemilangan dan kegagahan Islam yang ditinggalkan itu.

6. Rasulullah SAW bersabda: ALLAH
mengutuskan pada umat ini disetiap awal 100 tahun, orang yang akan memperbaharui urusan agama-Nya (mujaddid).

Hal ini pun kelihatan telah
menepati jadual-Nya . Sudah tercatat kemas dalam sejarah nama para mujaddid yang lahir setiap awal kurun. Bermula dengan Sayidina Umar Abdul Aziz, Imam Syafi’i, Imam Abu Hassan Al Ashaari, Imam Al Ghazali, Imam Sayuti dan lain-lain lagi. Semuanya sudah 14 orang. Dan kini, dunia sedang menanti mujaddid ke-15. Dan kita bertuah sedang berada di kurun itu.

7. Rasulullah SAW juga bersabda: Akan sentiasa ada satu thoifah daripada umatku yang dapat menzahirkan kebenaran dan mereka tidak dapat dirosakkan oleh orang yang menentangnya.
Perihal janji ini, sejarah telah pun
menceritakan pada kita bahawa bermula dari awal kurun hinggalah pertengahan dan ke hujungnya, setiap generasi mempunyai thoifah-thoifah Islam dengan
ciri-ciri khususnya seperti tersebut dalam Hadis di atas mengamalkan Islam dalam hidup mereka dan bila musuhnya cuba merosakkan, ternyata thoifah itu (syariatnya) tidak rosak bahkan terus berkembang. Hal begini nampaknya hanya terjadi kepada thoifah para mujaddid serta thoifah syeikh-syeikh tareqat di zaman gemilangnya. Selain mereka, organisasi-organisasi Islam yang berbau politik atau harakah-harakah Islam ala sekular dan persatuan-persatuan ulama rasmi kerajaan nampaknya tidak mampu memiliki ciri-ciri istimewa itu. Mereka gagal membawa pengikut-pengikutnya menegakkan syariat Islam secara syumul dalam jemaahnya. Dan mereka mudah saja tertipu oleh musuh-musuh perjuangannya. Niat baik mereka tidak tercapai kerana laluan yang ditempuh tidak menuju ke matlamatnya.

Para pembaca yang dihormati sekalian, Cukuplah rasanya dengan menurunkan tujuh perkara dari janji-janji ALLAH dan Rasul yang telah pun berlaku itu bahawa Jadual ALLAH pasti akan berlaku menurut janji-janji- Nya. Ada yang sudah terjadi, ada yang sedang terjadi dan ada yang belum berlaku, tetapi ia pasti akan terjadi. Yang mana untuk kita umat Islam di kurun ini pun ada jadual-jadual khusus pula.


Kita dilahirkan di satu zaman yang
aqidah, ibadah, akhlak, ilmu, didikan, sosial, ekonomi, politik dan seluruh aspek hidup umat Islam sudah dirosakkan oleh Yahudi, nasrani, komunis, kapitalis,
nasionalis, sosialis dan lain-lain isme lagi. Juga dirosakkan oleh nafsu dan syaita serta tipuan dunia. Inilah sifat zaman jahiliah. Sebab itu kita amat perlukan seorang rasul sepertimana umat di
zaman jahiliah dulu itu mendapatkannya. Tetapi nabi dan rasul sudah tidak ada
lagi. Maka ALLAH yang amat sangat
penyayang dan lemah lembut itu
menyimpan untuk kita, sesuatu yang mirip dengan apa yang berlaku di Zaman Kenabian itu. Yakni satu jadual yang
lengkap perihal akan berlakunya
kebangkitan Islam kali kedua untuk
zaman jahiliah kedua ini.
Jadual itu sebenarnya sudah lama
ditunggu oleh dunia Islam. Yang mana setiap zaman umat Islam mengharapkan agar ianya berlaku di tangan mereka.
Tetapi ternyata bahawa jadual itu ALLAH simpan untuk kita. la tidak berlaku sebelum ini tapi ternyata sedang berlaku sekarang ini. Atau kalaupun belum pasti ia berlaku di kurun ini, apa salahnya kita
berlumba-lumba dan berdoa agar ia terjadi di zaman kita dan melalui tangan kita. Sebab kita pun rindu sekali untuk melihat bagaimana rupanya Jadual-Jadual
ALLAH yang memaparkan kegemilangan Islam yang sangat indah itu.

Kita sudah jemu sekali hidup dalam dunia sekularis ini. Kalau para Sahabat pun iri hati dan ingin menikmati jadual agung yang dijanjikan untuk umat akhir zaman
ini, mengapa tidak kita? Dan kalau
Sahabat Abu Ayub Al Ansari yang sudah tua itu pun ber- semangat muda di 1400 tahun dahulu, untuk merebut Kota Konstantinopel dari tangan kristian sebagaimana yang dijanjikan oleh Rasulullah, merebut untuk menjadi ketua yang baik kepada tentera yang baik
seperti yang disabdakan, mengapa ada lagi di kalangan umat Islam mereka yang asyik berprasangka terhadap janji-janji ALLAH untuk akhir zaman ini?

Sepatutnya kita berjuang dan berlumba-lumba untuk menjayakan Jadual-Jadual ALLAH yang sangat istimewa ini, demi mendapatkan pahala-pahala besar di
dalamnya.
Antara janji-janji dalam Jadual
ALLAH untuk zaman ini seperti berikut:
1. Rasulullah SAW bersabda: ALLAH
mengutus pada umat ini di setiap awal 100 tahun orang yang akan
memperbaharui urusan agama-Nya (mujaddid).

2. Rasulullah bersabda: Dari Abdullah bin Mas’ud dia berkata; Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW tiba-tiba datang
sekumpulan anak- anak muda dari
kalangan Bani Hasyim. Apabila
terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAW berlinang airmata dan wajah baginda berubah. Aku pun
bertanya, “Mengapakah kami melihat pada wajahmu sesuatu yang kami tidak sukai?” Baginda menjawab, “Kami ahlul bait telah ALLAH SWT pilih untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku
akan menerima bencana dan
penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur dengan membawa bersama-sama
mereka panji-panji berwarna hitam.
Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka
tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia
dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka, walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia
adalah Al Mahdi.(Riwayat Ibnu Majah)

3. Rasulullah bersabda: Daripada Al
Hassan, bahawasanya Nabi menyebut akan bala yang akan menimpa keluarganya hinggalah ALLAH mengutus Panji-Panji Hitam dari Timur, siapa yang menolongnya ALLAH akan menolongnya dan siapa menghinanya ALLAH akan
menghinanya, hinggalah mereka itu mendatangi seorang lelaki yang namanya seperti nama aku. Mereka pun melantiknya memimpin mereka, maka ALLAH pun membantu dan menolongnya.
(Riwayat Nuaim bin Hammad)

4. Rasulullah SAW bersabda: Dari
Tsauban r.a. dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan datang Panji-Panji Hitam (kekuasaan) dari sebelah Timur,
seolah-olah hati mereka (pendukung-pendukung) kepingan-kepingan besi (jiwa berani). Barang siapa mendĕngar tentang
mereka, hendaklah datang kepada
mereka dan berbai’ahlah kepada mereka sekalipun merangkak di atas salji.
(Dikeluarkan oleh Al Hafiz Abu Naim)

5. Hadis lain: Dari Ali r.a. dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Akan keluar seorang lelaki dari seberang sungai yang dikatakan (tidak diketahui nama sebenar)
Al Harith bin Harrath, yang di hadapannya seorang lelaki yang dikatakan Al Mansur (yang dibantu), dia yang memudahkan
urusan atau membela keluarga SAW sepertimana Quraisy yang telah membela Rasulullah SAW. Wajib setiap orang Mukmin menolongnya atau baginda bersabda, “wajib orang Mukmin
menerima- nya.” (Riwayat Imam Abu Daud dan Al Hafiz Abu Abdul Rahman An Nasa’i, Al Hafiz Abu Bakar Al Baihaqi dan As Syeikh Abu Muhamad Al Hussain) [Di
petik dari kitab Uqduddurar fi Akhbaril Muntazar]

Dalam kitab Al Ihtijaj bil-Asar ala man ankara Al Mahdi Al Muntazar karangan Hamud bin Abdulullah At Tuwaijiiri, ada menyebut Al Harith Harrath itu bukan Al
Mahdi tetapi ia adalah pembantunya. Al Harith adalah namanya dan Harrath
adalah gelarannya yang bererti petani yang berjaya. la bukanlah nama bagi bapanya. Keterangan ini sebagai membetulkan Hadis yang dipegang oleh As Syeikh Abdullah bin Zaid bin Mahmud, yang ia mengatakan Al Harith bin Harran.
Manakala ada ulama lain mengatakan Al Harrith itu namanya sedangkan Harrath adalah bapanya. Di antara ketiga-tiga itu,
yang pertamalah yang muktamad.
Begitu adanya, tentang masyhurnya
Hadis tersebut yang selama ini sengaja ALLAH sembunyikan dari kita. Barangkali juga untuk menipu musuh-musuh-Nya .

6. Dalam Hadis lain: Daripada Ibnu Umar bahawa Nabi SAW sambil memegang tangan Sayidina Ali baginda bersabda:
“Akan keluar dari sulbi ini seorang
pemuda yang akan memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu meyakini demikian itu, hendaklah kamu bersama pemuda dari Bani Tamim itu.
Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang Panji-Panji Al
Mahdi.” (Riwayat At Thabrani)

7. Hadis yang keluarkan oleh Al Hafiz Abu Nuaim: Daripada Tsauban r.a., dia telah berkata, telah bersabda Rasulullah SAW,
“Apabila kamu lihat Panji-Panji Hitam telah diterima di sebelah Wilayah Khurasan, maka datangilah ia sekalipunbmerangkak di atas salji. Kerana sesungguhnya padanya ada Khalifah ALLAH iaitu Al Mahdi.

8. Rasulullah SAW bersabda: Terdapat dalam riwayat lain: “Sesungguhnya ketika
zahir Al Mahdi, menyerulah malaikat dari atas kepalanya, “Inilah Al Mahdi sebagai
khalifah ALLAH maka kamu ikutilah dia”. Seluruh manusia tunduk dan patuh kepadanya dan mengecapi kasih sayangnya. Sesungguhnya Al Mahdi itu menguasai Timur dan Barat. Dan adapun yang membuat bai’ah kepadanya di antara Rukun dan Maqam, yang pertama sebanyak bilangan ahli Badar. Kemudian Abdal dari Syam mendatanginya, diikuti oleh Nujaba’ dari Mesir dan Asoib dari Timur. Setelah itu ALLAH mengutuskan kepadanya tentera dari Khurasan dengan
bendera-bendera hitam dan mereka menghala ke Syam. Dan ALLAH menghantar kepadanya dengan 3000 malaikat dan ahli (Ashabul) Kahfi adalah di antara pembantu-pembantunya .”

Hadis dari Zarr:Daripada Abdullah, Nabi SAW bersabda: “Jika umur dunia tinggal sehari sahaja nescaya ALLAH SWT memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari ke- turunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya menyerupai namaku, dan nama bapanya menyerupai nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana (sebelumnya)
bumi dipenuhi kezaliman dan
kekejaman”.
(Riwayat Abu Daud dan Termizi)

10. Janji Allah untuk bangsa Arab: Daripada Zarr yang diambil dari Abdulllah mengenai sabda Nabi SAW:
“Tidak hilang atau tidak tamat umur dunia sehinggalah bangsa Arab dikuasai oleh seorang lelaki dari ahli keluargaku, namanya menyamai namaku.” (Riwayat
Abu Daud)

11. Janji untuk kemakmuran dunia:
Daripada Abi Said bahawa Rasulullah SAW pernah berkata: Tidak tamat umur dunia sehinggalah bumi ini dikuasai oleh seorang lelaki dari keluargaku, dia memenuhi bumi ini dengan keadilan sebagaimana dipenuhi sebelumnya dengan kedurjanaan, dia memerintah selama tujuh tahun. (Riwayat Abu Naim)

Itulah dia Jadual ALLAH untuk kita umat Islam di akhir zaman ini. Kerana demikianlah kasih sayang yang ALLAH limpahkan pada kita hamba-Nya yang telah terbiar dalam dosa dan kejahilan sekian lamanya. Secara ringkas saya akan cuba mentafsirkan Hadis-Hadis itu setakat ilmu yang ALLAH rezekikan. Kita sedang berada di kurun yakni kurun ke-15. Yang di waktu inilah di kurun-kurun yang sebelum ini zahirnya seorang mujaddid. Maka pasti zahir pula
mujaddid untuk kurun ini di sekitar beberapa tahun lagi. Dan admin berpendapat bahawa mujaddid kurun ini adalah mujaddid yang istimewa. la adalah saiyidul mujaddidin, penutup mujaddid yang akan menyempurnakan
kebangkitan Islam sedunia.Kita sedang berada di awal kurun yakni awal kurun ke-15. Yang di waktu inilah di kurun-kurun yang sebelum ini lahirnya seorang mujaddid. Maka pasti lahir pula mujaddid
untuk kurun ini disekitar beberapa tahun lagi. Dan saya berpendapat bahawa mujaddid kurun ini adalah mujaddid yang istimewa. la adalah saiyidul mujaddidin, penutup mujaddid yang akan menyempurnakan kebangkitan Islam sedunia.

Apakah dia kunci - kunci syurga ?

Untuk menjawab persoalan ini,mari kita ikuti satu kisah benar yang terjadi di antara seorang pemuda Muslim dan seorang paderi Katolik.

Paderi & Kunci Syurga


Seorang pemuda yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap sedia dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya.


Ia masuk ke gereja Samaan tanpa disedari oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia sama-sama menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, " ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini."


Semua paderi menjadi gempar dan mereka mahu orang itu di bunuh. Namun ketua paderi menghalang, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya.Sebaliknya pemuda itu pun bangun, tanpa rasa takut.


Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan Dan anda harus menjawabnya dengan tepat. "

Si pemuda tersenyum Dan berkata, "Silakan!"

Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah Dan ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api,siapakah yang diazab dengan api Dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu Dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakanAllah Dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan Dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemudaitu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.
Setelah membaca Bismillah dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan Kami jadikan malam Dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil Dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat,Injil, Zabur Dan al-Qur'an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solatlima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlahHari ketika Allah s.w.t. Menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. Berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy AR-Rahman. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada Hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu Dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. Berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah,
"Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas Mata air." (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah Dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk kedalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barangkami, lalu dia dimakan serigala. " Setelah kedustaan terungkap,Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagi muka pada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ." (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, "Apakah kunci syurga itu?"

mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kebimbangannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! "

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."

Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "

Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.

(Di petik dan disusun dari Mausu'ah al-Qishash al-Waqi'ah 
nota:cerita sebenar diyakini dari pengalaman seorang tokoh Sufi Islam Abu Yazid Al-Busthami,terdapat versi lain yang mengandungi 50 soalan paderi Kristian tersebut)

Thursday, January 19, 2012

-.-"

maafkan ketidaksempurnaanku
sebab aku ingin mencapainya bersamamu
meski aku dan kamu tak akan pernah mencapainya
atau bahkan sekedar mendekatinya

tapi, cintaku …
bukankah karena ketaksempurnaan, kita belajar ?
tentang sabar dan syukur ?
tentang kepedulian dan pengorbanan ?
tentang diri kita ?
tentang … apapun !
aku ingin belajar itu semua … bersamamu

dan bukankah sabar dan syukur merupakan kunci pintu syurga ?
denganmu … aku ingin membuka pintu itu
dengan-mu …
de-ngan-mu …

La Dispute - Andria